Maklumat Am

Lembaga Muzium Negeri Kedah merupakan satu badan berkanun dibawah pentadbiran Kerajaan Negei Kedah yang ditugaskan untuk menjaga serta memartabatkan sejarah dan warisan Negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya. Selain itu juga, Lembaga Muzium Negeri Kedah juga turut memainkan peranan bagi memastikan sejarah dan warisan Negeri Kedah dikenali di seluruh Malaysia dan seterusnya ke seluruh dunia.

Lembaga Muzium Negeri Kedah juga turut melibatkan diri kepada masyarakat melalui beberapa program, pameran dan aktiviti disamping menyampaikan maklumat menganai sejarah dan warisan Negeri kedah. Lembaga Muzium turut terlibat dalam program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri Kedah di dalam atau luar Negara dalam mempromosikan pelancongan dan sejarah Negeri Kedah.

Lembaga Muzium Negeri kedah sentiasa memastikan dan memperbaiki mutu kerja mengikut peredaran zaman teknologi semasa bagi menghasilkan produktiviti yang lebih baik serta menjalinkan kerjsama dengan agensi kerajaan yang lain dan syarikat swasta dalam memartabatkan sejarah dan warisan Negeri Kedah ke persada dunia dan membantu Kerajaan Negeri Kedah dalam mencapai slogan “Kedah Aman Makmur Bersama Memacu Transformasi”.

Lembaga Muzium Negeri Kedah,
Lebuhraya Darul Aman,
Bakar Bata, 05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.

Telefon : 04 -7331162
Faks : 04 -7305100
E-mail : muziumkedah@gmail.com

« December 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Bilangan Pengunjung

Hari ini153
Kelmarin558
Minggu ini2978
Bulan ini7400
Jumlah224409

17 Disember 2017