Pengenalan Hari Muzium Antarabangsa 2016

Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 (lihat peta). Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi. Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Provinsi Songkhla dan Yala di wilayah Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya. Negeri Kedah mempunyai 12 Daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Langkawi, Pokok Sena, Pendang, Bandar Baharu, Yan, Padang Terap, Baling dan Sik.

Negeri Kedah merupakan negeri pengeluar padi di Malaysia dengan mempunyai keluasaan sebanyak 70% kawasan penanaman padi. Keindahan pemandangan negeri jelapang padi ini mengamit ramai pelancong untuk ke Negeri Kedah. Bersama Memacu Transformasi merupakan slogan pentadbiran Negeri Kedah pada masa ini telah menjadi kekuatan kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri sekaligus meletakkan Negeri Kedah selari dengan negeri-negeri maju yang lain.

Hari Muzium Antarabangsa (HMA) yang disambut pada 18 Mei setiap tahun telah diperkenalkan oleh International Council of Museums (ICOM) sejak tahun 1977 dan diraikan oleh 102 negara di seluruh dunia. 

Di Malaysia, tuan rumah untuk menjayakan Sambutan HMA peringkat kebangsaan secara tahunan diadakan secara bergilir-gilir bermula di Kuala Lumpur (1997). Pada tahun 2016, Negeri Kedah menawarkan diri sebagai tuan rumah.                           

Penawaran sebagai tuan rumah ini dibuat berdasarkan kemampuan dan keupayaan serta komitmen Lembaga Muzium Negeri Kedah (LMNK) terhadap penganjurkan HMA 2016. Selain itu juga, LMNK juga untuk kali pertamanya menganjurkan HMA di Peringkat Kebangsaan. 

Tahun 2016 juga merupakan tahun melawat Kedah (Discover Kedah 2016) sehubungan dengan itu, maka penawaran menjadi tuan rumah HMA 2016 turut selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri bagi memeriahkan serta menjayakan Discover Kedah 2016.

 

Lembaga Muzium Negeri Kedah,
Lebuhraya Darul Aman,
Bakar Bata, 05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.

Telefon : 04 -7331162
Faks : 04 -7305100
E-mail : muziumkedah@gmail.com

« December 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Bilangan Pengunjung

Hari ini157
Kelmarin558
Minggu ini2982
Bulan ini7404
Jumlah224413

17 Disember 2017