Muzium Padi

Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. Bangunan berbentuk Gemai Padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. Muzium yang berlatarbelakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak. Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikaan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Keluasan keseluruahan Muzium Padi ini ialah 2,000 meter persegi dan mempunyai 3 aras.

Aras 1
Di aras ini pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di Kedah, meninjau koleksi variati - variati padi dan melihat alatan-alatan pesawahan tradisional seperti anak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain. Bagi yang ingin mencuba pengalaman baru, belehlah belajar memekul (membanting) padi adan menunmbuk padi di sini. Untuk penggemar ikan, boleh jugamelihat alat-alat menangkap ikan yang hampir pupus antaranya sepila, tuar, bubu, serta tankul disamping boleh mengenali ikan-ikan seperti sepat, puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi.

Aras 2
Aras ini mengandungi enam galeri. Galeri-galeri ini memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga ke zaman sekarang. Terdapat juga lukisan yang menggunakan teknik semburan batu kristal yang pasti mambuat anda terpesona. Pada mereka yang ingin menambah pengetahuan bolehlah menonton dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ditayangkan setiap hari. Dari aras 2 ini juaga pengunjung boleh melihat aktiviti-aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai.

Aras 3
Dengan menaiki 59 anak tangga, pengunjung boleh samapai ke puncak Gunung Keriang. Di sini, pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap. Mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Ruang pemerhatian diaras ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan terletak diatas platform berputar.

KEDAI CENDERAMATA
Berbagai-bagai jenis barangan seperti Baju "T", alat tulis, kraftangan yang berkaitan dengan padi disediakan disini untuk dijadikan sebagai buah tangan. Atau pilih saja makanan ringan, kuih tradisi Kedah yang berasaskan padi seperti karas, sagon, emping, kuih loyang yang sudah semestinya dihasilkan oleh anak-anak kedah sendiri. Semuanya disediakan dengan harga yang amat berpatutan.

 

Lembaga Muzium Negeri Kedah,
Lebuhraya Darul Aman,
Bakar Bata, 05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.

Telefon : 04 -7331162
Faks : 04 -7305100
E-mail : muziumkedah@gmail.com

« October 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31          

Bilangan Pengunjung

Hari ini57
Kelmarin248
Minggu ini1524
Bulan ini4914
Jumlah203804

21 Oktober 2017