Muzium Negeri Kedah

 
Sejarah penubuhan Muzium Negeri Kedah bermula pada 3 Februari 1957 dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. Muzium yang bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar telah dirasmikan oleh YAB 
 
Tan Sri Tunku Ismail Bin Tunku Yahya, Menteri Besar Kedah.
Pertambahan jumlah koleksi menyebabkan muzium ini dipindahkan ke bangunan sendiri (bersebelahan bangunan baru muzium) di Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata pada 30 Disember 1961. Pada Julai 
 
tahun 1964, Muzium Sejarah Kedah telah bertukar nama kepada Muzium Negeri Kedah.
Memandangkan sambutan baik dari orang ramai, Kerajaan Negeri telah bersetuju membina bangunan yang ada sekarang pada tahun 1997. Bangunan ini menempatkan dewan pameran, bengkel, perpustakaan dan mini theatrette.
 
Terdapat 10 galeri pameran tetap seperti Dewan kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sasstera. Selain dari itu kemudahannya turut dipertingkatkan dengan menyediakan lif, kafeteria, tempat letak kereta dan tandas awam.
 
 

Lembaga Muzium Negeri Kedah,
Lebuhraya Darul Aman,
Bakar Bata, 05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.

Telefon : 04 -7331162
Faks : 04 -7305100
E-mail : muziumkedah@gmail.com

« August 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      

Bilangan Pengunjung

Hari ini32
Kelmarin59
Minggu ini369
Bulan ini1379
Jumlah194738

19 Ogos 2017