Muzium Diraja

Muzium Diraja adalah sebuah bangunan istana lama yang pernah didiami oleh beberapa orang Sultan Kedah. Pelbagai nama diberikan seperti Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin. Istana Ini siap dibina pada tahun 1735 ketika pembukaan Alor Setar sebagai pusat pentadbiran Negeri Kedah yang ke-8 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710-1778).

Ketika Perang Dunia Kedua, tentera Jepun pernah menduduki istana dan kemudiannya turut dijadikan ibu pejabat beberapa pertubuhan sebelum dibiar tanpa pemerhatian. Pada tahun 1983, istana ini dibaikpulih dan dijadikan Muzium Diraja sempena dengan perayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 25 julai 1983.

Kandungan pameran di sini antara lain mengetengahkkan koleksi KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta koleksi yang diperoleh daripada kerbat Diraja Negeri Kedah.

 

 

Lembaga Muzium Negeri Kedah,
Lebuhraya Darul Aman,
Bakar Bata, 05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.

Telefon : 04 -7331162
Faks : 04 -7305100
E-mail : muziumkedah@gmail.com

« July 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            

Bilangan Pengunjung

Hari ini44
Kelmarin67
Minggu ini44
Bulan ini1443
Jumlah192762

24 Julai 2017