Kemudahan

Perpustakaan
Perpustakaan Muzium diwujudkan sebagai satu lagi perkhidmatan untuk orang ramai. Perpustakaan ini mengandungi pelbagai jenis buku rujukan untuk kemudahan para penyelidik, penuntut sekolah serta institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan. Tajuk-tajuk bahan rujukan ini adalah dalam bidang sejarah, politik, kebudayaan, tokoh dan lain-lain bahan yang berkaitan dengan bidang permuziuman. Selain dari itu, tesis para pelajar institusi pengajian tinggi juga turut dijadikan sebagai rujukan.

Penerbitan-penerbitan diperolehi melalui pembelian, hadiah serta sumbangan. Mula beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 12.45 tengahari dan dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang, Ahad hingga Khamis. Buku-buku serta lain-lain bahan tidak boleh dipinjam tetapi kemudahan fotostat disediakan.

Unit Fotografi & Audio Visual
Bahagian ini menyelenggarakan rekod-rekod berkaitan fotografi seperti gambar hitam putih dan warna, album-album gambar dan slide berwarna serta pita-pita rakaman video, terdapat dalam pelbagai kategori yang mempunyai kaitan dengan bidang permuziuman iaitu arkeologi, monumen, matawang, ilmu kejadian dan lain-lain peristiwa yang mempunyai kepentingan kepada muzium.

Lembaga Muzium Negeri Kedah,
Lebuhraya Darul Aman,
Bakar Bata, 05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.

Telefon : 04 -7331162
Faks : 04 -7305100
E-mail : muziumkedah@gmail.com

« October 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31          

Bilangan Pengunjung

Hari ini56
Kelmarin248
Minggu ini1523
Bulan ini4913
Jumlah203803

21 Oktober 2017